Sunday 18 November 2012

Kenapa Karaoke?


Sebelum cerita panjang mari kita doakan pada saudara islam kita di palestine supaya bebas dari serangan zionis.
bebaskan palestine
Kenapa Karaoke?.

trande hiburan masa kini 


Apa yang aku paham karaoke nie bermaksud menyanyi mengikut rentak muzik atau mengikut alunan muzik.Karaoke pada masa sekarang nie sangat popular dikalangan penduduk malaysia. Tidak kira bangsa melayu, cina, india atau kaum-kaum lain yang meminati menyanyi. Ada yang menyanyi kerana sangat meminat yang mendalam dalam bidang nyanyian dan bercita-cita untuk menjadi penghibur(penyanyi). Ia juga bergantung dari bakat yang ada.  karaoke juga dapat menghilangkan tekanan masalah di tempat kerja atau pun masalah di rumah kerana bila menyanyi lagu kegemaran kita akan dapat relaxkan minda. lagu-lagu yang anda pilih biasanya mengikuti emosi anda pada masa itu contohnya jika anda rasa marah anda akan menyanyikan lagu-lagu nod yang tinggi seperti nyayian dari kumpulan wings, amuk, crash, amy search dan bila anda rasa sedih anda menyanyikan lagu sedih seperti lagu adam ahmad, ahmad nawab, ukays dan begitulah juga mood happy, putus cinta,jiwa patriotik, lagu-lagu berkonsepkan dakwah  dan sebagainya. kebiasaannya yang suka berkaraoke nie adalah lelaki kerana mereka sering menghabiskan masa di luar bersama rakan2. Lokasi biasanya di tempat-tempat seperti karaoke box, karaoke open(kedai makan yang mempunyai sound system karaoke). Harga mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing seperti jika di karaoke box harganya dari RM10.00 ke RM22.00 per/jam untuk bilik yang biasa dan harganya boleh mencecah RM80.00/jam keatas untuk bilik-bilik VIP dan itu tidak termasuk makanan atau minuman. Manakala karaoke open pulak biasanya 1 lagu RM2 dan jika 3 lagu RM5.
Set-set Sound System Karaoke

Untuk umat islam berhati-hati kerana di pusat karaoke kebiasaannya menghidangkan minuman keras(arak). So kuat kan Iman di hati masing-masing. Saya cadangkan lebih elok jika kita berkaraoke di rumah bersama keluarga kerana ia boleh menjauhkan kita dari maksiat. Selain dari menonton wayang, bersiar, bersukan, berkonvoi, menyanyi juga dapat mengerat kan hubungan sesama keluarga, rakan-rakan dan saudara. Mungkin ada yang merasa dirinya tiada bakat menyanyi lah, piching lari lah, tempo x samelah, tetapi jangan risau kerana anda juga akan dapat tepukan dan pujian dari keluarga, rakan2 atau saudara anda kerana hanya mereka sahaja yang tahu isi hati dan perasaan anda. ambil positif atas kritikan kepada anda dan anda akan akan mencuba lagi dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi dimasa anda berhibur jagan pula anda melupakan pada yang Esa. Kerana ketenangan yang abadi hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu memberinya. dan jangan anda lupa pada Solat.






Handyblack - Seri

Kristal - Luahan Hati
Lagu nie biase orang nyanyikan di karaoke box
Jom Karaoke !!!





 Untuk umat islam berhati-hatilah kerana di pusat karaoke kebiasaannya menghidangkan minuman keras(arak). So kuat kan iman masing-masing. Lebih elok jika kita berkaraoke di rumah bersama keluarga kerana ia boleh menjauhkan kita dari maksiat. 




*Picture-picture kat atas nie kebanyakan nye aku amik kat google je. kalau ade yang marah ke boleh la email kat aku.aku boleh removekan. PEACE!!@!..